PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU- KOMITED MERONDA DAN MEMANTAU PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU- KOMITED MERONDA DAN MEMANTAU PUNCA-PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/05/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 20 Mei 2022- Komitmen dan tanggungjawab dalam menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca-punca pencemaran terus dilaksanakan pada setiap cuti hujung minggu. Rondaan ini melibatkan daerah  Kuala Terengganu, Marang dan  Dungun. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan. Walau bagaimanapun, terdapat aktiviti pembersihan tanah telah ditemui di Kg. Tebing Tembah, Dungun. Banner larang pembakaran terbuka telah dipasang sebagai amaran keras, agar aktiviti tersebut tidak dilakukan. Selain itu pemantauan  ke atas tanah gambut di Batu 7 Dungun, juga dibuat. Hasil pemeriksaan mendapati , infastruktur tanah gambaut iaitu check dam dan tube well berfungsi dengan baik. Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di kawasan di daerah Dungun, didapati tiada kejadian ayang abnormal dan mencurigakan ditemui.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan