Penerangan
KUALA TERENGGANU, 12 Mei 2022 – Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Tertinggi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah, telah menyampaikan ceramah bertajuk “Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar “ kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang seramai 30 orang bersama guru-guru pembimbing.
Hadir sama semasa sesi ceramah ini adalah Puan Guru Besar, YBrs. Puan Suzliyati binti Md Zaman. Kehadiran beliau menunjukkan tanda sokongan padu dalam melaksanakan Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) pada sesi 2020/2022
JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Guru Besar dan seluruh warga SK BUKIT KUANG .