Penerangan
KUALA TERENGGANU, 11 Mei 2022 - Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menyampaikan taklimat bertajuk “Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar “ kepada semua guru, kakitangan, pengusaha kantin serta wakil pekerja kebersihan sekolah seramai 100 orang.
Kehadiran seluruh warga SMK Kompleks Gong Badak ini menunjukkan komitmen dan sokongan pihak pengurusan dan seluruh warganya untuk menyertai Program Sekolah Lestari, Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) pada sesi 2020/2022.
Program ini juga sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua guru, kakitangan, pengusaha kantin serta wakil pekerja kebersihan sekolah.
JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua YBrs Encik Nor Jamalullai bin Mohd Noor dan seluruh warga SMK KOMPLEKS GONG BADAK .