Penerangan
KUALA TERENGGANU, 19 Mei 2022 – MAJLIS BACAAN YAASIN, telah menjadi rutin setiap minggu dalam mengeratkan silaratulrahim seluruh warga JAS Terengganu.
Tuan Pengarah, JAS Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah hadir dalam menjayakan majlis ini yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, dan juga secara atas talian.
Majlis ini seterusnya disusuli dengan Amanat Tuan Pengarah dan pembentangan status terkini berkaitan pembinaan pejabat baru JAS Terengganu dan juga status persediaan penganjuran Program Komuniti Tanah Gambut, sempena sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Terengganu, pada 21 Mei 2022 di Dewan Majlis Perbandaran Daerah Dungun.
Majlis ini akan diteruskan sebagai usaha dan komitmen Jabatan dalam meningkatkan produktiviti Jabatan dan menjalinkan ukhuwah dan kebajikan seluruh warga JAS Terengganu