Penerangan
KUALA TERENGGANU, 23 Mei 2022- YBr. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terenganu telah menerima kunjungan delegasi daripada Syarikat Eastern Steel Sdn. Bhd. yang sedang beroperasi di Daerah Kemaman.
Sesi libat urus ini diadakan bagi memberi khidmat nasihat berkaitan pematuhan syarat-syarat yang telah diperuntukan di bawah Seksyen 34A.(7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peratura-Peraturan yang berkaitan dengan kawalan pencemaran air, udara dan bahan berbahaya, dikategorikan sebagai buangan terjadual
JAS Terengganu sentiasa memberi ruang kepada pihak pemaju untuk mengadakan perbincangan dan amat dan tidak akan menghalang sebarang projek pembangunan dan industri yang memenuhi keperluan garis panduan dan Akta berkenaan.