Penerangan
KUALA TERENGGANU, 26 MEI 2022- Pasukan Penguatkuasa Unit Kenderaan Bermotor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis (IPD) Trafik Setiu, telah menjalankan Operasi Gerak bagi mengawal pencemaran asap hitam berlebihan daripada kenderaan komersial berenjin diesel.
Dengan kekuatan anggota JAS Terengganu seramai 5 orang dan IPD, Trafik, Setiu seramai 6 orang, Ops Statik ini berjaya dilaksanakan di KM 72, Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu.
Hasil operasi ini, 155 buah kenderaan telah menjalani pemeriksaan Visual, 8 buah kenderaan telah menjalani pengujian meter asap.
Hasil pengujian ini, 6 Notis Arahan dan 6 Kompaun telah dikeluarkan.
Operasi ini memberi tumpuan kepada penguatkuasaan pelepasan asap hitam yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974