PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, MAJLIS PERSARAAN DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DIADAKAN SERENTAK DI JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 29/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, MAJLIS PERSARAAN DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI DIADAKAN SERENTAK DI JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/05/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 24 Mei 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah mengadakan majlis tiga (3) dalam satu (1)  bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Majlis Persaraan Puan Zuraini Mohd Sinin dan Majlis Perpisahan Puan Nor Salwani Abdul Wahab . Majlis yang dijalankan secara sederhana namun meriah telah mendapat sokongan dan komitmen daripada YBrs. Encik Ramli  Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu. Majlis sambutan bertambah meriah dengan kehadiran YB Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Majlis juga turut dihadiri oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu, YM Engku Ahmad Rashidi bin EngkuAbdillah, pendakwah bebas terkenal, Y.Bhg Ustaz Azhar Idrus, Pegawai-Pegawai JAS Terengganu yang telah bersara dan telah bertukar ke Jabatan lain bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini. JAS Terengganu merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan jasamu sentiasa dikenang  kepada Puan Zuraini Mohd Sinin dan ucapan yang sama kepada Puan Nor Salwani Abdul Wahab, semoga terus cemerlang dalam kerjaya di JAS Pahang, Cawangan Gebeng. JAS Terengganu juga mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan yang sudi hadir dan seluruh warga JAS Terengganu yang menjayakan sambutan dan majlis ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan