Penerangan
KUALA TERENGGANU, 23 Mei 2022- Hari ini, Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi, JAS Terengganu, Puan Zaleha Abdullah telah hadir menyampaikan ceramah bertajuk “PERANAN DAN FUNGSI JAS SERTA CABARAN MENANGANI ISU-ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR” kepada 52 bakal guru di Institut Pendidikan Guru Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus.
Dalam ceramah ini juga, 52 bakal guru telah didedahkan tentang info-info dan maklumat berkaitan dengan Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) yang telah menarik minat Ketua Jabatan, untuk jadikan “Final Year Project” kepada bakal guru terbabit sebelum tamat kursus latihan perguruan.
JAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus.