Penerangan
KUALA TERENGGANU, 21 Mei 2022- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu bersama rakan strategik, daripada Petronas Gas Sdn. Bhd, Syarikat Awie Metal Sdn. Bhd, Syarikat NKH Bio Solution Sdn. Bhd. dan Syarikat China Communication Consruction (ECRL) Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Program Komuniti Tanah Gambut.
Program dianjurkan bersempena sambutan Hari Bumi Peringakt Negeri Terengganu denan tema: Invest in Our Planet” ini juga telah mendapat sokongan pelbagai jabatan dan agensi serta masyarakat setempat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun.
Pelbagai aktiviti dianjurkan, iaitu lawatan ke lokasi Infrastruktur Tanah Gambut bagi tujuan Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut bersama komuniti setempat, taklimat peranan pelbagai Jabatan/Agensi , kayuhan santai Hari Bumi (Earth Day Funride), pameran Pelbagai Jabatan/Agensi, program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (E-Waste), program pengumpulan minyak masak terpakai, kuiz alam sekitar dan cabutan bertuah
Antara intipati ucapan perasmian, beliau optimis, dengan penglibatan semua dalam program-program ini, terutamanya dari kalangan generasi muda memberi keyakinan bahawa usaha untuk mempertahankan persekitaran ini tidak sia-sia malahan kesedaran ini akan berkembang di kalangan masyarakat dan komuniti setempat.