PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) KEMAMAN SECARA ATAS TALIAN

DOE Terengganu 29/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) KEMAMAN SECARA ATAS TALIAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/05/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 19  Mei 2022- Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar Kolej Kemahiran Tertinggi Mara (KKTM) Kemaman secara atas talian. Menurut Puan Maziah Md. Ludin, Pegawai Latihan Vokasional, sesi ceramah ini diadakan bersempena Sambutan Hari Bumi yang disambut di seluruh dunia pada 22 April 2022. Sambutan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam menjaga dan melindungi keseimbangan ekosistem yang ada di bumi ini. Selari juga dengan Learning Outcome bagi pelajar KKTM Kemaman, Environment and Sustainability merupakan salah satu elemen di dalam pencapaian elektif pelajar. Hadir sama pada program ini adalah YBrs. Dr Mahadir bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Kolej Kemahiran Mara, Kemaman yang sentiasa memberi komitmen dan sokongan dalam usaha-usaha melestarikan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan