PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OMPT DAN RONDAAN MEMANTAU PUNCA-PUNCA PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN KEMAMAN

DOE Terengganu 29/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OMPT DAN RONDAAN MEMANTAU PUNCA-PUNCA PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN KEMAMAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/05/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 28 Mei 2022- Tanggungjawab memastikan kesejahteraan seluruh lapisan masyarakat di daerah ini sentiasa menjadi keutamaan anggota penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman. Komitmen ini selaras dengan Arahan Ketua Jabatan untuk menjalankan rondaan dan memantau pencemaran ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti alam Sekeliling 1974. Hari ini  rondaan dan pemantauan telah dilakukan di Gong Limau, Kg Besut, Bakau Tinggi, Teluk Kalong, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kawasan Perindustrian Kerteh dan Chukai. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan. Walau bagaimanapun pemasangan banner telah dibuat  di kawasan yang terdapat longgokan sampah sarap dan berpotensi pembakaran terbuka dilakukan oleh orang awam. Pemantauan premis telah dijalankan di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kawasan Perindustrian Kerteh. Tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan sepanjang pemantauan dijalankan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan