Penerangan
KUALA TERENGGANU, 27 Mei 2022- Komitmen dan tanggungjawab dalam menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca-punca pencemaran terus dilaksanakan pada setiap cuti hujung minggu.
Rondaan melibatkan jajaran jalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, TPS Bukit Ayak, Durian Kasim, Peroh, Landas, Jerangau, Kg Wa, Serdang, Che Lijah, Rantau Abang, Jambu Bongkok, Pulau Kerengga, Batu Putih, Kijing dan Kuala Ibai. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang laluan rondaan dijalankan.
Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai dan Kawasan Perindustrian Ajil, tiada kejadian yang mencurigakan dan abnormal dikesan.
Selain itu, satu aduan pembakaran terbuka di kawasan kejiranan di Pulau Kambing yang berskala kecil, iaitu sampah sarap dan sisa pokok kecil dan daun tebu didapati berasas. Pelaku telah diberi amaran dan risalah larangan pembakaran terbuka telah diedarkan serta banner telah dipasang di lokasi aduan.
Pemantauan ke atas tapak pelupusan sampah Bukit Ayak, Dungun, didapati tiada pembakaran terbuka di kesan.
Pemantauan juga dijalankan di sekitar Pantai Kelulut, Marang mendapati tiada pencemaran bebola tar dan kesan minyak dijumpai di sepanjang pantai tersebut.