Penerangan
KEMAMAN, 27 Mei 2022- Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman telah menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca-punca pencemaran di sekitar kawasan Binjai, Mak Chili, Cheneh, Mak Lagam, Chukai, Bukit Kuang, Bakau Tinggi.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai.
Hasil pemantauan di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan dikesan di kawasan yang menempatkan kilang-kilang ini.