PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

CUTI UMUM NEGERI SEMPENA  HARI WESAK, RONDAAN DAN PEMANTAUAN TERUS DIPERTINGKATKAN.

DOE Terengganu 29/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CUTI UMUM NEGERI SEMPENA  HARI WESAK, RONDAAN DAN PEMANTAUAN TERUS DIPERTINGKATKAN.
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/05/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 15 Mei 2022- Cuti umum di negeri Terengganu sempena sambutan Hari Wesak, tidak menjadi alasan untuk pegawai penguatkuasa JAS Terengganu untuk tidak bertugas pada hari ini. Demi kesejahteraan semua, rondaan dan pemantauan punca pencemaran di negeri ini terus dipertingkatkan dengan jajaran rondaan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu. Kawasan yang terlibat dalam rondaan dan pemantauan ini adalah sekitar Bandar Kuala Terengganu, Bukit Payung, Wakaf Tapai, Tol Ajil, Tol Kuala Dungun, Rantau Abang, Merchang dan  Marang. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada mengesan dan menemui sebarang aktiviti pembakaran terbuka. Siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka iaitu di Chendering didapati berasas. Tindakan susulan ke atas pihak yang terlibat telah diambil dengan mengedarkan risalah larangan pembakaran terbuka dalam usaha menyedarkan pihak yang terlibat berhubung masalah yang timbul kesan daripada aktiviti tersebut. Hasil siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka berpunca daripada pembuatan arang tempurung kelapa di Rusila, Marang. mendapati tempat ini tidak beroperasi dan tiada pekerja ditemui. Siasatan lanjut mendapati kerja-kerja ini dilakukan di kawasan terbuka. Siasatan susulan akan dilakukan dalam masa terdekat yang melibatkan pelbagai agensi yang mempunyai bidang kuasa dan peruntukan undang-undang dalam menyelesaikan isu ini secara bersama. Pemantauan di kawasan infrastruktur tanah gambut di Dungun mendapati telaga tiub dalam keadaan baik dan bersih manakala “ check dam” berada di paras yang normal. Pemantauan premis-premis industri di Kawasan Perindustrian Ajil, daerah Hulu Terengganu dan Kawasan Perindustrian Batu 7, daerah Dungun mendapati tiada sebarang yang abnormal dan mencurigakan dikesan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan