Penerangan
KEMAMAN, 15 Mei 2022- Pegawai Penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus bertugas meronda bagi menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca-punca pencemaran di daerah Kemaman.
Rondaan dan pemantauan ini telah dijalankan di sekitar Bandar Chukai, Bakau Tinggi, Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Teluk kalong dan Kawasan Perindustrian Kerteh.
Pemantauan di kawasan penempatan industri di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Perindustrian Kerteh mendapati tiada aktiviti abnormal dan mencurigakan dikesan.
Rondaan dan pemantauan yang berterusan terutama pada cuti umum di negeri ini diharap dapat memastikan alam sekitar sentiasa terjaga untuk kehidupan yang selesa untuk semua.