Penerangan
KUALA TERENGGANU, 13 Mei 2022- Tanggungjawab menangani isu-isu pencemaran alan sekitar sentiasa menjadi fokus utama, pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar.
Komitmen dan tanggungjawab ini terus dilaksanakan, meskipun pada cuti hujung minggu di negeri Terengganu.
Hari ini rondaan telah dijalankan di kawasan Bukit Payung, Laluan LPT2, Kertih, Durian Mentangau, Serdang. Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang abnormal dan mencurigakan ditemui.
Selain itu, siasatan segera telah dilakukan ke atas aduan kejadian tumpahan minyak diesel, dari lori tanker yang telah berlaku di KM 347.7 laluan LPT 2, daripada Dungun ke Paka.
Hasil siasatan ditempat kejadian, terdapat kesan tumpahan minyak diesel di bahagian tepi laluan. Jabatan BOMBA dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Negeri Terengganu telah berjaya membersihkan tumpahan.
Semakan menggunakan “Mapping And Geographic Information System” , mendapati, potensi aliran tumpahan akan memasuki Lembangan Sungai Paka.
Siasatan di sepanjang Sungai Paka, mendapati tiada pencemaran minyak diesel dan bau dikesan.
JAS Terengganu telah memaklumkan kejadian ini kepada Syarikat Air Terengganu (SATU) supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa bersiap sedia, untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
JAS Terengganu juga berjaya menghubungi pemilik syarikat lori berkenaan untuk siasatan lanjut