OPS GEMPUR JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
17, 19 dan 24 Mei 2022, Seremban- Pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sembilan dan JAS Cawangan Kuala Pilah telah melaksanakan Ops Gempur dan pemeriksaan ke atas premis-premis sekitar Senawang.
Sebanyak 25 premis telah diperiksa, 25 Field Citation dikeluarkan, 15 Notis Arahan dan 29 kompaun telah diberikan bagi kesalahan terhadap peraturan yang berkaitan.
Persampelan effluen perindustrian juga dilaksanakan untuk dianalisa. Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil jika terdapat ketidakpatuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya.
Semua premis diingatkan supaya sentiasa mematuhi AKAS 1974. JAS Negeri Sembilan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana premis tanpa kompromi sekiranya didapati melanggar AKAS 1974 dan peraturan-peraturan di bawah.
Orang awam boleh membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1800-88-2727, emel ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].