Penerangan
PERTANDINGAN KAPAL TERBANG DARIPADA KERTAS SEMPENA HARI BUMI 2022 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
15 - 19 Mei 2022, Serting - Bersempena tema Hari Bumi 2022 "Invest in Our Planet" JAS Negeri Sembilan telah menganjurkan pertandingan Kapal Terbang Kertas kepada pelajar-pelajar MRSM Serting. Dalam pertandingan ini, pelajar diberi pendedahan mengenai idea kreatif boleh diketengahkan dengan menggunakan sekeping kertas serta mendidik para pelajar menjadi pencinta kepada bahan buangan walaupun sekeping kertas ianya tetap boleh dikitar semula dengan hanya kos yang murah ianya tetap memberikan pelajar menjana idea-idea kreatif disamping permainan yang mesra alam dan tiada mencemarkan bumi dan alam sekitar.
Pemenang pertandingan untuk tempat pertama, kedua dan ketiga disediakan hadiah menarik manakala hadiah saguhati turut disediakan kepada para pemenang yang kurang bernasib baik. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dengan kerjasama rakan strategik Kilang Kelapa Sawit Serting Hilir beserta pengelola bersama para guru MRSM Serting telah bersama-sama menjayakan aktiviti pertandingan ini bermula 15 - 19 Mei 2022.
Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon kepada para pemenang pada 23 Mei 2022 di Majlis Penutup Sambutan Hari Bumi Tahun 2022 Peringkat Negeri Sembilan di MRSM, Serting.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan merakamkan penghargaan kepada rakan strategik alam sekitar yang bekerjasama yang bersama-sama menjayakan pertandingan ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)