Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel
19 Mei 2022 – Satu lawatan tapak ke projek bagi satu cadangan pembangunan yang tertakluk di bawah Jadual Kedua, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Lokasi tapak projek adalah di Kg Tekek, Pulau Tioman.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan isu-isu berkaitan cadangan projek di atas tapak yang dicadangkan dan mengesahkan maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam bidang rujukan yang telah dikemukakan oleh Jururunding EIA. Lawatan ini telah dihadiri oleh wakil JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Selangor, Penggerak Projek dan Jururunding EIA. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #BahagianPenilaian #AlamSekitarTanggungjawabBersama #MalaysiaLestari2030