Penerangan
CERAMAH PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PEMBAKARAN TANAH GAMBUT SEMPENA HARI BUMI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022 DI MRSM SERTING
23 Mei 2022, Jempol - Encik Hasrul Hafizuddin bin Mohamad, Pegawai Kawalan Alam Sekitar, JAS Negeri Sembilan telah menyampaikan ceramah “PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PEMBAKARAN TANAH GAMBUT” kepada guru-guru dan pelajar-pelajar di MRSM, Serting sempena Hari Bumi Tahun 2022.
Dalam ceramah ini, guru-guru dan pelajar - pelajar telah didedahkan berkaitan isu-isu pembakaran terbuka dan pencegahan pembakaran tanah gambut bagi memberi kesedaran dan pendidikan kepada para pelajar dan guru bahawa pembakaran terbuka adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974..
JAS Negeri Sembilan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MRSM Serting di atas sambutan yang diberikan semasa ceramah berlangsung.