Penerangan
KILANG SAWIT DIDENDA RM 10,000 DI MAHKAMAH SESYEN SEREMBAN
18 Mei 2022, Seremban – Mahkamah Sesyen Seremban hari ini menjatuhkan hukuman denda RM 10,000 atau enam (6) bulan penjara jika gagal bayar ke atas sebuah kilang sawit di Jempol, Negeri Sembilan.
Premis yang didakwa di bawah Seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah melanggar syarat lesen iaitu melupuskan efluen atas tanah di kawasan yang bukan ditetapkan dalam pelan bertajuk "Land Application Area Layout" bernombor MM-EW-04.