PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

KURSUS PENAKSIRAN LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) DALAM SEKTOR PERLADANGAN

DOE WP Putrajaya 26/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KURSUS PENAKSIRAN LAPORAN PENILAIAN KESAN ALAM SEKITAR (EIA) DALAM SEKTOR PERLADANGAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
26/05/2022
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Bahagian Penilaian Ibu Pejabat

Penerangan

Pada 18 Mei 2022- Satu lagi program kerjasama strategik telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama dengan pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Kerjasama strategik ini diterjemahkan melalui pelaksanaan kursus anjuran MPOB bertajuk Kursus Penaksiran Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) Dalam Sektor Perladangan memfokuskan topik berkaitan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan pembangunan dalam sektor perladangan. Objektif kursus ini adalah bagi memberikan pendedahan kepada kakitangan MPOB berkaitan dengan keperluan perundangan berkaitan EIA, prosedur EIA dan juga pelaksanaan Best Practices Management, BMP’s dalam sektor perladangan. Peserta juga turut sama mendengar perkongsian kes-kes pembangunan perladangan yang tertakluk kepada keperluan EIA juga. Kursus berlangsung selama dua (2) hari bermula 18 Mei 2022 sehingga 19 Mei 2022 telah dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dan telah dihadiri seramai 55 orang kakitangan MPOB seluruh Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bahagian seperti Pelesanan dan Penguatkuasa, Research dan Development. Lima (5) modul utama telah disampaikan iaitu Modul 1: Peranan EIA dalam Pemajuan dan Kelestarian Pembangunan Malaysia, Modul 2: Prosedur Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), Modul 3: Penilaian kepada Laporan EIA - Aktiviti Pertanian, Modul 4 : BMPs Dalam Sektor Perladangan, Modul 5 : Kajian Kes Laporan EIA. Kursus telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Penilaian serta pegawai – pegawai kanan daripada Bahagian Penilaian, EiMAS dan JAS Negeri Pahang. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #BahagianPenilaian #AlamSekitarTanggungjawabBersama #MalaysiaLestari2030

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan