Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

?????????????? ???????????????????????????? ?????????????? BIL. 1/2022

Oleh Adzhar · 08/08/2018 · 0 paparan

?????????????? ???????????????????????????? ?????????????? BIL. 1/2022 ??? Tarikh: 17-18 Mei 2022 ?? Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang ?? Tempat: Auditorium Ibu Pejabat APMM, Putrajaya dan Secara Atas Talian ??? Anjuran: APMM ??????? Kehadiran JAS Sabah: PP RK ?? Ringkasan Seminar: Fasa pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan 2021, secara tidak langsung mengubah trend aktiviti sindiket dan penjenayah untuk menggunakan jalan laut atau perairan sebagai modus operandi. Trend ini dilihat terus berlaku walaupun negara sedang memasuki fasa peralihan endemik pada awal tahun ini. Bermula Januari hingga April 2022, Maritim Malaysia merekodkan sejumlah 340 kes melibatkan aktiviti jenayah maritim merangkumi penyeludupan dadah, ketum, barang kawalan bersubsidi, pendatang asing tanpa izin (PATI), pencerobohan bot nelayan asing serta kesalahan-kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952. Kes-kes ini turut melibatkan Akta-akta yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan/Agensi tertentu seperti Akta Dadah Berbahaya (ADB 1969), Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1957/63, Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan lain-lain. Maritim Malaysia selaku agensi yang menguatkuasakan Undang-Undang Persekutuan di perairan negara melihat, perlunya satu persefahaman, kesepakatan serta kolaborasi antara agensi penguatkuasaan Maritim bagi mewujudkan keseragaman pelaksanaan secara kolektif demi mengatasi situasi `grey area’ serta pertindihan kuasa. Berikutan itu, Maritim Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Penguatkuasaan Maritim Siri 1/2022 yang bertujuan memperkasakan kolaborasi penguatkuasaan antara agensi bagi membanteras dan memerangi jenayah maritime rentas sempadan. Seminar yang dilaksanakan secara hybrid ini melibatkan penyertaan daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jabatan Perikanan (DOF), Kastam DiRaja Malaysia (KDRM), Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Beberapa kertas kerja berkaitan cabaran dalam penguatkuasaan serta perundangan turut dibentangkan oleh agensi terlibat bagi perbincangan secara dua hala disamping menjadi forum perkongsian maklumat serta kepakaran antara agensi penguatkuasaan maritim. Inisiatif penganjuran seminar ini juga didasari daripada beberapa kejayaan melalui operasi khas gabungan antara agensi seperti OP NAGA, OP BENTENG LAUT dan juga OP MARDOF menghasilkan impak kepada komuniti maritim terutamanya golongan nelayan tempatan. Perkongsian JAS bertajuk Pengurusan Marin Dari Perspektif JAS telah disampaikan oleh Cik Norina Frederick Sambang

Penganjur
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU
Fail / Media (4)
  • 20231511125259091.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511125259161.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511125259231.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511125259281.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS