PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

SESI KUNJUNGAN HORMAT OLEH PENTAS FLORA (SABAH) SDN. BHD. KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH

DOE Sabah 26/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI KUNJUNGAN HORMAT OLEH PENTAS FLORA (SABAH) SDN. BHD. KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
26/05/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

SESI KUNJUNGAN HORMAT OLEH PENTAS FLORA (SABAH) SDN. BHD. KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH ?????? ?? TARIKH : 13 Mei 2022 (Jumaat) ? MASA : 10.00 pagi - 11.10 pagi ?? TEMPAT : Bilik Mesyuarat Sipadan JAS Sabah ????? WAKIL JAS SABAH: 1?? Tuan Pengarah JAS Sabah 2?? KPP(P) YY 3?? PP(K) MAA 4?? PP FM ??????? WAKIL PENTAS FLORA (SABAH) SDN. BHD.: 1?? Datuk Mohamad Pintaz Badar (Chairman) 2?? Encik Henry Tan 3?? Puan Ashley Chong 4?? Encik Alfunsus Danding 5?? Encik Sham Solo Baharry ?? CATATAN PERBINCANGAN: 1?? Pihak Pentas Flora (Sabah) Sdn. Bhd. memaklumkan terdapat isu dengan pihak SOGT (Petronas) Sabah berhubung pengurusan enap cemar minyak SW 311 yang mana masih belum mendapat keputusan daripada pihak SOGT. 2?? Pentas Flora memaklumkan pihak SOGT memerlukan 'green light' daripada JAS Sabah sebelum boleh membuat keputusan bagi melantik Pentas Flora mengendalikan dan menguruskan SW 311 di premis SOGT untuk dihantar ke premis Pentas Flora di Banting, Selangor. 3?? Pihak Pentas Flora memohon JAS Sabah bagi membantu menyelesaikan isu ini dan memudahcara supaya pihak Pentas Flora diberikan peluang yang adil dan sama rata bagi menguruskan SW 311 di premis SOGT selaras dengan surat kebenaran bertarikh 3 Mac 2022 yang telah diberikan oleh JAS Putrajaya. 4?? Tuan Pengarah JAS Sabah mencadangkan agar sesi perbincangan dengan pihak SOGT dengan JAS Sabah diadakan bagi menyelesaikan isu ini dan pihak SOGT mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan isu pengurusan SW 311 yang dihasilkan luar jangka ini dapat diselesaikan dengan segera. 5?? PP(K) MAA juga memaklumkan permohonan TWG perlu dikemukakan kepada JAS Selangor bagi membolehkan buangan SW 311 daripada SOGT diangkut secara terus ke premis Pentas Flora di Banting, Selangor. 6?? Pihak Pentas Flora (Sabah) Sdn. Bhd. merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada JAS Sabah atas kesudian menerima kunjungan hormat, memberi khidmat nasihat dan membantu memudahcara bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan