PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

JAS PERAK MERAIKAN 100 PELAJAR TAHFIZ DAN 60 ASNAF MENERUSI PROGRAM CSR RAMADHAN 1443H

DOE Perak 22/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PERAK MERAIKAN 100 PELAJAR TAHFIZ DAN 60 ASNAF MENERUSI PROGRAM CSR RAMADHAN 1443H
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
22/05/2022
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

25 April 2022, SELAMA — Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini telah menyantuni dan meraikan pelajar tahfiz seramai 100 orang dan asnaf seramai 60 orang menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertempat di Dewan Tahfiz Nur As Salam, Rantau Panjang dalam mukim Selama. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Mohd Akmal Bin Kamarudin. Program CSR ini dijalankan dengan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak dan Rakan Strategik sempena menyambut ketibaan Ramadhan yang penuh barakah ini dan sambutan Hari Bumi Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perak serta merupakan kesinambungan program-program CSR Ramadan yang telah diadakan pada tahun lepas. Antara Rakan-rakan Strategik JAS Perak yang memberi bantuan tenaga dan sumbangan wang ringgit termasuklah Kenep Consultancy & Services Sdn Bhd., Eco Synergy Sdn Bhd., Perak Transit Sdn Bhd., Kitaran Recovery Sdn Bhd., Selekta Spektra Sdn Bhd., Malay-Sino Chemical Industries Sdn Bhd., AMR Environmental Sdn Bhd., Getah Upaya Sdn Bhd., Edsha Solutions Sdn Bhd., DNK Metal Sdn. Bhd., Stylis Sdn.Bhd., Chong Fok Hiyun Sdn. Bhd., S.Y. Plastic Sdn Bhd., Kilang Kelapa Sawit Tualang dan individu-individu perseorangan yang turut terlibat sama dalam memberi sumbangan. 100 pelajar tahfiz terlibat termasuklah daripada Maahad Tahfiz al-Yamani Sungai Bayor, Pondok Riyadussolihin dan Pusat Pengajian Tahfiz Nur as-Salam telah menerima sumbangan kelengkapan pakaian raya dan duit raya sementara asnaf menerima bantuan barang makanan dan duit raya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan