Penerangan
16 April 2022, IPOH – Jabatan Alam Sekitar Perak menerusi Kelab Alam Sekitar Perak dan Kerajaan Negeri Perak pada hari ini telah menjalankan program santuni 28 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Baitul Aini, Ipoh bertempat di Agromall RTC Perak, Gopeng.
Program ini turut disempurnakan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin.
Anak-anak yatim yang diraikan menerima sumbangan dalam bentuk kelengkapan pakaian untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan duit raya telah disampaikan oleh Pengarah JAS Perak, Haji Rosli Bin Zul dan Rakan Strategik.zk
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ramadhan 1443H sempena Hari Bumi Sedunia 2022 ini yang bermula pada 16 April 2022 akan diteruskan sehingga 25 April 2022 turut mendapat kerjasama daripada 16 Rakan Strategik.
Antara kumpulan sasar bagi program CSR Ramadhan 1443H ini akan meraikan golongan warga emas, pelajar tahfiz dan asnaf.