PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

MAJLIS PENYERAHAN LESEN PYDT BT PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022

DOE Perak 22/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENYERAHAN LESEN PYDT BT PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
22/05/2022
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

IPOH, 19 Mei 2022 - Satu majlis penyerahan lesen bagi Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual Peringkat Negeri Perak Tahun 2022 telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Negeri Perak pada hari ini. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Mohd Akmal Bin Kamarudin ketika hadir dalam Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Oleh Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT BT) Sempena Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa Peringkat Negeri Perak Tahun 2022. Peserta seramai 53 orang yang terdiri daripada pengurusan dan Orang Yang Berwibawa telah mewakili 28 premis yang ditetapkan buangan terjadual telah menyertai majlis tersebut yang diadakan di Ipoh. Turut hadir bersama termasuklah Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Encik Abdul Aziz Bin Parmin dan Ketua Penyelaras Program Majlis Penyerahan Lesen, Encik Mohd Jamali Bin Abd Majid. Dalam pada itu, Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang diadakan adalah sebagai platform untuk memperinci dan penerangan berkaitan syarat-syarat lesen PYDT BT terkini serta keperluan pematuhan menyeluruh syarat-syarat lesen tersebut dan penerangan elemen-elemen penambaikan serta hala tuju PYDT BT Negeri Perak pada masa hadapan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan