10 Mei 2022, TAIPING – Pegawai Jabatan Alam Sekitar Cawangan Taiping telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke atas aduan pembakaran terbuka di sekitar kawasan Changkat Jering dan Aulong, Taiping.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan aktiviti pembakaran terbuka di lokasi aduan. Edaran pamplet larangan pembakaran terbuka dipergiatkan di kawasan kejadian dan peringatan serta kesedaran kepada penduduk setempat.
Jabatan ini ingin menegaskan bahawa jika didapati bersalah melakukan aktiviti pembakaran terbuka, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan kompaun maksimum sebanyak RM 2,000. Aduan orang awam berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh disalurkan di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].