Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK EIA
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 17/05/2022
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Bahagian Penilaian Ibu Pejabat
Penerangan
LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK EIA
10 Mei 2022 - Satu lawatan tapak ke projek bagi satu cadangan pembangunan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Lokasi tapak projek adalah di Kampung Gagu ke Ulu Beranang, Negeri Sembilan.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan isu-isu berkaitan cadangan projek di atas tapak yang dicadangkan dan mengesahkan maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam bidang rujukan yang telah dikemukakan oleh Jururunding EIA.
Lawatan ini telah dihadiri oleh wakil JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Sembilan, Penggerak Projek dan Jururunding EIA.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#MalaysiaLestari2030