Penerangan
10 Mei 2022, KOTA LAKSAMANA - Lawatan kerja Bahagian Pembangunan, JAS Melaka ke Projek EIA Tambak Laut di Kota Laksamana, Melaka bagi meninjau perkembangan aktiviti tambak laut yang telah diberikan kelulusan EIA oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka.
Lawatan kerja ini dihadiri oleh Ketua Bahagian Pembangunan iaitu Hajah Hazereen Binti Mohammad dan pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan JAS Melaka. Adalah diharapkan pematuhan kepada syarat-syarat EIA sentiasa diutamakan oleh penggerak projek dalam melaksanakan aktiviti yang telah mendapat kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar.