PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT BERKENAAN CADANGAN PENUBUHAN 'SPECIAL TASK FORCE BAGI MENANGANI ISU PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI TAMAN PERINDUSTRIAN POIC LAHAD DATU

DOE Sabah 12/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT BERKENAAN CADANGAN PENUBUHAN 'SPECIAL TASK FORCE BAGI MENANGANI ISU PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI TAMAN PERINDUSTRIAN POIC LAHAD DATU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
12/05/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>Tawau

Penerangan

MESYUARAT BERKENAAN CADANGAN PENUBUHAN 'SPECIAL TASK FORCE BAGI MENANGANI ISU PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI TAMAN PERINDUSTRIAN POIC LAHAD DATU ?? ??? Tarikh: 26 April 2022 (Selasa) ?? Masa: 11.45 pagi - 5.00 Petang ?? Tempat: Bilik Mesyuarat, Bangunan Pentadbiran Terminal Kontena POIC, Fasa 3B, Lahad Datu ?????? Pengerusi: Encik Thomas Logijin Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Industri Sabah ???????????? Kehadiran JAS Sabah: PPKK MZI ?? Agenda Mesyuarat: ??Pendahuluan oleh Pengerusi; ??Penerangan tentang objektif mesyuarat??Hal-hal lain; dan ??Penangguhan Mesyuarat ?? Ringkasan Laporan Mesyuarat: ?????? Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan penubuhan 'Special Task Force' bagi memantau isu pelupusan DOBE, EPP dan pengurusan sisa pepejal industri yang terhasil dari industri-industri di POIC. ?????? Mesyuarat meminta agensi-agensi yang terlibat secara langsung untuk memberi input mengenai isu pelupusan DOBE, EPP dan sisa pepejal industri:- - POIC memaklumkan kawasan pelupusan DOBE dan EPP semakin penuh dan memerlukan 1 kawasan yang baru di bawah pengurusan MDLD. Isu nilai akumulatif sisa hexane yang terkumpul dalam jangkamasa panjang juga dibangkitkan dikhuatiri boleh menyebabkan pencemaran air bawah tanah. - JPAS memaklumkan aktiviti penambakan yang kurang dari 40m3 tidak memerlukan kelulusan EIA. Sehingga kini JPAS ada mengeluarkan 3 kelulusan EIA bagi aktiviti penambakan di Kg Kenangan dan 2 tapak di POIC. - Pejabat Daerah Lahad Datu memaklumkan sedang dalam proses pembelian tanah untuk tapak pelupusan yang baru kerana TPS sedia ada telah hampir penuh. Kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis Perancangan dan Pengurusan Sisa Pepejal bagi menyediakan pengurusan sisa pepejal yang komprehensif dan mampan. Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal 2020 masih dalam peringkat untuk mendapatkan kelulusan dari TYT. Enakmen ini akan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan. - JAS memaklumkan permit mengimport SBE dikeluarkan kepada 2 kilang oleh JAS Putrajaya. Kedua-dua kilang tersebut di bawah seliaan jabatan ini. DOBE dan EPP bukan bahan yang dikategorikan sebagai buangan terjadual dan boleh dilupuskan mengikut perundangan agensi yang berkaitan. Dicadangkan satu kajian perlu dijalankan bagi melihat isu nilai akumulatif sisa hexane yang terkumpul dalam jangkamasa panjang di tapak pelupusan POIC. ?????? Mesyuarat berpendapat supaya ‘Special Task Force’ ini tidak perlu diwujudkan dan akan bermesyuarat sekiranya perlu. Ketetapan mesyuarat adalah seperti berikut :- - JAS & JPAS diminta untuk memantau aktiviti pelupusan DOBE dan EPP di mana hanya tapak yang telah mendapat kelulusan EIA sahaja dibenarkan untuk dibuat pelupusan. - buat masa ini pihak POIC diminta untuk membenarkan pelupusan DOBE & EPP di tapak pelupusan sedia ada dan pihak MDLD bersetuju untuk menerima DOBE, EPP dan sisa pepejal industri sekiranya TPS yang baharu telah siap sepenuhnya. - pihak POIC diminta untuk berkerjasama dengan pihak UMS bagi menjalankan kajian isu nilai akumulatif sisa hexane yang terkumpul dalam jangkamasa panjang di tapak pelupusan POIC.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan