Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (DALAM TALIAN) KAJIAN PENGURUSAN SISA (EFLUEN DAN PEPEJAL) KILANG KELAPA SAWIT DI SABAH BIL. 1/2022 - LAPORAN AWAL
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 12/05/2022
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
???? MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU (DALAM TALIAN) KAJIAN PENGURUSAN SISA (EFLUEN DAN PEPEJAL) KILANG KELAPA SAWIT DI SABAH BIL. 1/2022 - LAPORAN AWAL
?? Tarikh : 26 April 2022
? Masa : 2.30 petang–3.30 petang
?? Tempat: Secara atas Talian (Zoom Meeting)
Pengerusi : Datuk Yusrie, SUT KEPKAS
Wakil JAS Sabah : PP(K) Mardianah Aliska
Objektif Mesyuarat:
1. Mengenalpasti isu dan mengkaji kaedah pengurusan sisa (efluen dan pepejal) kilang kelapa sawit (POME) di Sabah dan isu alam sekitar semasa yang berdekatan; dan
2. Menghasilkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) yang memberi panduan jelas dan praktikal kepada pihak berkepentingan terutamanya pemilik kilang dalam pelaksanaan, pematuhan dan pengurusan sisa (efluen dan pepejal) kilang kelapa sawit.
Perkara yang ingin dimaklumkan:-
? Mesyuarat ini adalah susulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal yang telah diadakan pada 18 Mac 2022.
?Wakil JAS Sabah telah menerangkan istilah sebenar bagi pelepasan atas tanah ialah 'onto land' seperti di dalam Peraturan Minyak Kelapa Sawit Mentah 1977. Istilah Land Application yang dibangkitkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur sebelum ini yang dikatakan tidak sesuai kerana merupakan bermaksud permohonan tanah.
?Wakil JAS Sabah memaklumkan akan memberi input dan kerjasama kepada pihak juruperunding bagi memastikan kajian ini dilaksanakan dengan jayanya.
?Tuan Pengerusi telah mengesahkan laporan awal ini dan dipersetujui untuk diterima.