Penerangan
TARIKH : 24/4/2022 (AHAD)
MASA : 11.30 am – 3.30 pm
LOKASI RONDAAN: SALAK TINGGI, JENDERAM, CYBERJAYA, PULAU MERANTI, TAMAN PERINDUSTRIAN TASIK PERDANA, SELANGOR CYBERVALLEY, PUSAT TEKNOLOGI SINAR MERANTI.
LAPORAN
1. SIASATAN ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA DI SEBERANG LEBUHRAYA SKVE, PULAU MERANTI
- Aduan telah diterima melalui E-aduan . Siasatan di jalankan di lokasi semasa Rondaan OMPT. Tiba dilokasi lebih kurang pukul 12.30 tengahari.
-Semasa tiba dilokasi terdapat seorang pekerja yang berada di dalam premis warganegara Bangladesh. Hasil siasatan di dalam lokasi mendapati lokasi dijadikan tempat untuk menyimpan jentera berat sahaja. Pegawai JAS Sepang telah membuat pemeriksaan di dalam kawasan premis namun tidak menjumpai sebarang kesan mahupun pembakaran terbuka di lokasi yang di adu.
1 Pamplet dan nasihat telah diberikan kepada En Mail agar tidak membuat sebarang pembakaran terbuka. 2 Banner juga turut digantung di sepanjang laluan masuk di sekitar lokasi sebagai amaran kepada penduduk setempat.
6. RONDAAN DARAT MENCEGAH OMPT DAN PEMANTAUAN DI DAERAH SEPANG.
-Rondaan OMPT dijalankan semasa Rondaan yang melibatkan beberapa lokasi, antaranya :
1. Jalan Kota Warisan
2. Dengkil
3. Cyberjaya
4. Putrajaya
5. Jalan Meranti
6. Pulau Meranti
7. Abadi Height
8. Jalan Sekolah Pulau Meranti
9. Laman Bayu
10. Taman Putra Perdana
11. Taman Nusaputra Timur
12. Bandar Nusaputra
ULASAN/SYOR :
- Keadaan cuaca cerah dan berawan dari pagi hingga ke tengahari.
- Premis-premis perniagaan dan industri kebanyakkan nya tidak beroperasi pada hari ini. Tiada pencemaran dan pelepasan efluen yang mencurigakan dikesan.
- Tiada aktiviti pembakaran terbuka dan pelepasan asap hitam ditemui di kawasan yang dironda.
- Secara keseluruhan keadaan di lokasi yang dironda adalah dalam keadaan baik dan terkawal.