Penerangan
27 APRIL 2022, WP LABUAN - SM ST. Anne, WP Labuan telah mengadakan webinar Kelestarian Alam Sekitar Melalui Kokurikulum pada Rabu petang bertempat di Google Meet.
Webinar ini dianjurkan sempena Hari Bumi 2022 yang telah disambut pada Jumaat lepas bertemakan 'Invest In Our Earth'.
Webinar telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah JAS WP Labuan, Pn. Gwendolyne Christopher dan telah disertai oleh pelbagai sekolah.