Sepang, 8 Mei 2022 – Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Sepang telah menjalankan rondaan dan siasatan aduan di sekitar kawasan perindustrian dan komersial di Sepang pada cuti hujung minggu. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan serta aktiviti pembakaran terbuka.
JAS Selangor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 dan atau melalui e-aduan di
[email protected]. Orang ramai juga boleh melaporkan kes-kes yang melibatkan pembakaran terbuka kepada Jabatan BOMBA dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol 1-800-88-994 dan SMS 03-88880964.