Penerangan
8 Mei 2022, Perlis - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Ops Bersepadu bersama berbagai Jabatan dalam Negeri Perlis di Jalan Kangar - Padang Besar bermula jam 3.00 petang.
Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel yang meliputi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987.
Sebanyak 13 buah kenderaan pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan visual dan daripada jumlah itu sebanyak 6 buah kenderaan telah diuji. Daripada jumlah yang diuji, (1) Notis Arahan uji semula Seksyen 48a di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, telah dikeluarkan. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_mei2022