PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU/ OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR PERLIS BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN ANJURAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI PERLIS

DOE Perlis 12/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU/ OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR PERLIS BERSAMA AGENSI PENGUATKUASAAN ANJURAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI PERLIS
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
12/05/2022
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

7 Mei 2022, Perlis - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Ops Bersepadu bersama berbagai Jabatan dalam Negeri Perlis di Jalan Kangar - Padang Besar bermula jam 10.00 pagi. Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan kawalan pelepasan daripada enjin diesel yang meliputi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Sebanyak 14 buah kenderaan pelbagai jenis telah melalui pemeriksaan visual dan daripada jumlah itu sebanyak 5 buah kenderaan telah diuji. Daripada jumlah yang diuji, semua telah mematuhi had pelepasan yang ditetapkan. Pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran terhadap alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #JASPerlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_mei2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan