Penerangan
KANGAR, 29 April 2022 - Operasi Ops Lembangan ini telah diadakan pada 25 April sehingga 27 April 2022 ke atas premis-premis yang terletak di kawasan lembangan sungai Perlis yang mana menghasilkan buangan terjadual dan efluen perindustrian. Ops ini melibatkan keseluruhan tenaga bahagian penguatkuasaan JAS Negeri Perlis seramai enam (6) orang anggota penguatkuasa.
Hasil operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas lapan belas (18) premis dan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis adalah arahan lapangan sebanyak lapan belas (18).
Diharapkan Ops Lembangan ini serta tindakan penguatkuasaan yang dijalankan dapat mengenalpasti punca-punca pencemar baru dan meningkatkan pematuhan kendiri oleh semua pihak khususnya industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Selain itu, ops ini juga bertujuan memberikan pendedahan kepada orang ramai bahawa kawalan alam sekitar adalah di bawah bidang kuasa pelbagai agensi penguatkuasaan samada diperingkat Persekutuan atau Negeri. Siri penguatkuasaan akan terus dijalankan sepanjang masa.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasperlis_april2022