Penerangan
KEMAMAN, 7 Mei 2022, Hari ini rondaan, pemantauan dan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) telah dijalankan di Bakau Tinggi, Geliga, Jakar, Kawasan Perindustrian Jakar, Chukai, Kg. Besut, Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Telok Kalong, Meraga Beris dan Kemasik.
Hasil rondaan, pemantauan dan OMPT ini ,tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan dan abnormal ditemui.
Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dibuat di kawasan yang dijumpai longgokan kayu-kayu dan sisa-sisa pembersihan kawasan. Tindakan ini diambil sebagai langkah pencegahan dan amaran keras, agar ianya tidak diteruskan oleh individu atau orang awam yang terbabit.
Rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan penempatan kilang-kilang, perkampungan dan taman-taman perumahan serta persisiran pantai.