PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN JAS SELANGOR BERKENAAN PENCEMARAN BAU DIESEL DI MUKA SAUK LOJI SEMENYIH

DOE Selangor 12/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN JAS SELANGOR BERKENAAN PENCEMARAN BAU DIESEL DI MUKA SAUK LOJI SEMENYIH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
12/05/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Lembangan: SG. SEMENYIH Tarikh & Masa Pemeriksaan: 1/5/2022 (Ahad) 3.30pm- 6.00pm Lokasi : JALAN PERUSAHAAN 5, KAWASAN PERINDUSTRIAN BERANANG, SELANGOR Jenis Industri: PEMBUATAN TIANG KONKRIT BERASASKAN SIMEN Status Premis: TIDAK BEROPERASI - Bertindak atas arahan yg dikeluarkan, sepasukan dari Jabatan Alam Sekitar Caw Kajang telah digerakkan ke premis bagi menjalankan siasatan susulan aduan bau diesel dipremis. - Siasatan dilakukan pada keseluruhan premis seperti mengesan aliran air longkang, punca bau, kawasan penghasilan tiang konkrit,kawasan basuhan molding dan kawasan set pump air yang diletakan di sump yang mana berpotensi digunakan bagi mengalirkan air tumpahan minyak di kawasan production ke longkang awam. Kawasan tersebut berminyak berpunca dari peralatan mesin yang tidak dibaikpulih yg menyebabkan kebocoran minyak hidrolik. - Penahanan operasi keatas pump dan mesin untuk tujuan siasatan lanjut. - Satu sampel minyak terpakai di sumpit bagi memastikan premis melupus buangan terjadual mengikut PPKAS(BT)2005. - Tindakan kompaun akan dikeluarkan sekiranya premis gagal mengemukakan dokumen berkaitan pelupusan buangan minyak terpakai yang dihasilkan dipremis. - Premis juga dikehendaki melengkapkan dengan oiltrap bagi memastikan air larian hujan dapat menghalang minyak dari mengalir ke longkang awam. - Siasatan di sekitar premis tidak menemukan sebarang tong sisa minyak yang dibuang dan menyebabkan loji semenyih ditutup. Siasatan di teruskan di Kawasan Perindustrian Beranang. Pemerhatian mendapati tiada unsur pencemaran sungai yang mencurigakan dikesan. Tindakan yang di ambil - FC telah dikeluarkan agar sentiasa mematuhi penstoran dan pelupusan buangan terjadual mengikut PPKAS(BT)2005. Premis juga dikehendaki menyediakan ‘oiltrap’ bagi kawalan minyak dan kawasan basuhan agar tidak memasuki longkang awam. - POK diteruskan untuk siasatan lanjut dan sehingga premis mengemukakan laporan pembaikian dengan kadar segera.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan