PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN PREMIS DAN OMPT JAS TERENGGANU PADA CUTI UMUM HARI PEKERJA

DOE Terengganu 05/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN PREMIS DAN OMPT JAS TERENGGANU PADA CUTI UMUM HARI PEKERJA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
05/05/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 1 Mei 2022 - Cuti hari pekerja, JAS Terengganu terus menjalankan rondaan bagi memantau punca-punca pencemaran  yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan ini telah dilakukan  di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Merchang, Rantau Abang dan Dungun. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan. Siasatan berkaitan aduan pembakaran terbuka  sampah sarap di Taman Indah Sari, Dungun juga dilakukan. Aduan didapati berasas dengan penemuan  kesan pembakaran daun-daun dan ranting-ranting kayu di beberapa lokasi. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi terlibat sebagai amaran keras agar aktiviti pembakaran terbuka tidak dilakukan. Pemantauan juga dilakukan di kawasan tanah gambut di Batu 7 Dungun. Paras air di dalam kawasan gambut dan parit check dam berada pada paras normal dan berfungsi dengan baik. Keadaan yang sama juga di kawasan tanah gambut di Kg Rhu Batil, Marang. Hasil pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di daerah Dungun, tiada kejadian yang mencurigakan ditermui.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan