Penerangan
KUALA TERENGGANu, 30 April 2022, Hari Sabtu terakhir setiap bulan telah ditetapkan sebagai Hari Pengumpulan E-Waste Dari Isi Rumah.
Komitmen ini selaras dengan penetapan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada tahun 2020.
JAS Terengganu terus menyokong usaha-usaha ini dalam memastikan pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) ini mengikut kaedah yang betul dan selamat.
Kempen ini yang telah diadakan di tapak parking kenderaan di Jalan Sultan Omar , tetap mendapat sambutan, walaupun kebanyakan umat islam sedang sibuk membuat persediaan untuk sambutan hari raya Aldil Fitri yang dijangkakan pada selasa ini.
Kempen ini yang mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak. telah berjaya mengumpulkan sebanyak 500 kg e-waste.
JAS optimis untuk terus melaksanakan kemnpen dalam menyebar luas maklumat kepada seluruh masyarakat di negeri ini.
Kepentingan pengurusan e-waste yang betul dan selamat, antara faktor yang menentukan kesejahteraan sesebuah negeri.