Penerangan
KUALA TERENGGANU, 22 April 2022- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menghadiri mesyuarat penyelarasan kumpulan pemikir isu-isu penguatkuasaan EIA yang telah diadakan oleh Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat pada hari ini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Encik Rohimi bin Harun, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penilaian. Semua JAS Negeri dan pihak EIMAS hadir secara atas talian.
Penglibatan beberapa JAS Negeri yang terdiri daripada JAS Negeri Pahang, JAS Negeri Perak, JAS Selangor dan Institut Alam Sekitar Malaysia (EIMAS) ini, diharap dapat memperkemaskan lagi pengurusan, kaedah dan isu-isu alam sekitar di bawah bidang kuasa JAS dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan sekaligus dapat memperkasakan tindakan penguatkuasaan ke atas projek-projek EIA di semua negeri.