Penerangan
KUALA TERENGGANU, 17 April 2022- JAS Terengganu dan JAS Cawangan Kemaman telah melaksanakan Operasi Gempur selama 4 hari bermula pada 10 hingga 13 April 2022. Operasi yang melibatkan 16 pegawai ini telah membuat pemeriksaan ke atas 25 buah premis.
Hasil daripada operasi ini, 15 premis patuh dan 10 premis tidak patuh kepada peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan mengeluarkan 23 Field Citation, 5 Notis Arahan dan 24 Kompaun. Pihak kilang tersebut juga telah diarahkan mengambil tindakan pembetulan dan pembaikan segera mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
JAS Terengganu akan terus melaksanakan operasi gempur ini dari semasa ke semasa bagi memastikan semua punca pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan sentiasa berada pada tahap pematuhan yang baik.