Penerangan
Kuala Lumpur, 27 April 2022 – Pasukan Post EIA 1 Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan lawatan penguatkuasaan ke tapak projek EIA di Sungai Besi Kuala Lumpur.
Lawatan ini diadakan bagi memastikan penggerak projek mematuhi semua syarat-syarat EIA yang telah diluluskan. Penggerak projek juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.
Pelaksanaan lawatan penguatkuasaan dibuat dengan mengikut SOP dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswpkl