Penerangan
06 April, Kuala Terengganu - JAS Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Bil.1/2022 di Bilik Mesyuarat Utama, JAS Terengganu.
Mesyuarat telah dihadiri secara fizikal dan juga atas talian.oleh pegawai-pegawai yang telah dilantik untuk menguruskan aset Jabatan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan.
Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut tatacara yang telah ditetapkan