Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS GEMPUR JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL) BIL 4/2022 DIAKTIFKAN
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 12/05/2022
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
26-26 April 2022, Kuala Lumpur - Ops Gempur JASWPKL diaktifkan bagi menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap premis-premis yang bermasalah dan seringkali mempunyai kes aduan pencemaran alam sekitar yang berulang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ops Gempur ini lebih menumpukan kepada pematuhan operasi oleh punca-punca tetap (kilang dan bengkel) dan loji-loji pengolahan kumbahan di Kawasan Perindustrian Kepong dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
JASWPKL komited untuk memastikan setiap premis sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.
Pelaksanaan Ops Gempur ini melibatkan semua anggota penguatkuasaan JAS WPKL dengan mengikut SOP dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswpkl