Penerangan
Kuala Lumpur, 26 April 2022 – Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Lesen Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) di WPKL bagi sesi 2022/23 di Pejabat JASWPKL pada 26 April 2022.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi, selaku Pengarah JASWPKL.
Majlis turut dihadiri oleh Encik Zulfadzli Bin Zakaria, BCK, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) dan pegawai-pegawai JASWPKL serta wakil daripada lima buah premis PYDT BT yang beroperasi di WPKL. Pada majlis tersebut juga satu taklimat berkaitan pematuhan premis yang dilesenkan dan sesi soal jawab bersama-sama dengan pihak premis berkaitan turut diadakan. Premis juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen dan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jaswpkl
#alamsekitartanggungjawabbersama