PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA DIKESAN

DOE Terengganu 30/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA DIKESAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/04/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 29 April 2022-  Hari ini cuti hujung minggu, pasukan penguatkuasa terus meronda dan memantau punca-punca pencemaran di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliliong 1974. Rondaan dan pemantauan ini telah dijalankan di sekitar Bandar Kemaman, Bukit Kuang, Kijal, Kemasik, Kerteh dan kawasan Perindustrian Kerteh. Hasil pemantauan di Kawasan Perindustrian Kerteh, didapati tiada aktiviti abnormal dikesan pada beberapa “system flaring”  di sekitar kawasan tersebut. Satu aktiviti pembakaran terbuka telah ditemui oleh pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman, telah  berlaku di kawasan semak bersempadan dengan Kawasan Perindustian Kerteh. Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kerteh dengan anggota bersama 2 jentera sedang mengawal kebakaran dari terus merebak. JAS Cawangan Kemaman akan menjalankan siasatan lengkap bagi mengenalpasti pemilik tanah yang terlibat, sebelum sebarang tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan