PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PUNCA PENCEMARAN TERUS DIPANTAU PADA CUTI UMUM NEGERI TERENGGANU

DOE Terengganu 30/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PUNCA PENCEMARAN TERUS DIPANTAU PADA CUTI UMUM NEGERI TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/04/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 26 April 2022-  Hari ini cuti umum di negeri ini sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan pemantauan ke atas punca pencemaran di daerah ini. Kawasan Gong Limau, Mak Chili, Geliga, Paya Berenjut, Bukit Mentok, Bukit Kuang, Teluk Kalong, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Pengkalan Bekalan Kemaman (KSB) , Kijal, Kemasik, Bukit Kuang, Bakau Tinggi dan Chukai merupakan jajaran dan lokasi rondaan dan pemantauan dijalankan.Tiada pembakaran terbuka ditemui sepanjang pemantauan tersebut. Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Pangkalan Bekalan Kemaman(KSB), mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan sepanjang pemantauan dijalankan di kawasan perindustrian ini. Pemantauan di kawasan Pantai Penunjuk, Kijal tidak menemui sebarang pencemaran bebola tar atau  tumpahan minyak.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan